Monday, May 16, 2011

4 Perkara Yang Membuat Anda Berfikiran Negatif

Posted by Anne Orvile at Monday, May 16, 2011
Reactions: 
0 comments Links to this post
Elakkan perkara-perkara berikut supaya anda tidak dijangkiti fikiran negatif

1.       Bercakap pasal hal orang lain
      Hal ini selalu berlaku di sekeliling kita dan boleh menyebabkan punca pertengkaran terhadap sesetengah orang apabila ada diantara pendengar anda menyampaikan kata-kata anda terhadap orang yang diperkatakan. Dan yang lebih teruk, kemungkinan maksud kata-kata anda disalah tafsir atau telah ditokok tambah oleh si penyampai tadi. Oleh itu lebih baik jangan bercakap pasal hal orang lain kerana belum tentu diri kita sendiri sangat bagus. Daripada menjaga tepi kain orang, baik kita meneliti kain sendiri kalau-kalau ada yang tercarik, tampal dan jahit supaya nampak lebih kemas. 

Perbuatan suka menjaga tepi kain orang (suka bercakap hal orang lain) ini juga boleh memudaratkan dan melatih minda anda berfikiran negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, mungkin anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri.

2.       Menyimpan dendam lama-lama
Ia ibarat minyak petrol yang dituang ke dalam tangki setiap hari, dengan hanya sebatang mancis api ia akan meletup dan membara. Dendam kesumat membuat anda jadi orang yang berfikiran negatif, kesannya anda akan jadi pesimis.

3.       Terlalu sensitif
Maknanya terlalu cepat naik marah, cepat berang. Jika anda seorang yang panas baran, ketahuilah bahawa sikap ini sebenarnya menyusahkan diri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh dengan orang lain. Malah sikap-sikap ini juga boleh memudaratkan kesihatan yang berkaitan dengan tekanan darah dan jantung anda.

4.       Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam
Perasaan-perasaan ini perlu dilepaskan. Jika tidak, minda anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat anda tertekan atau stress yang melampau. Cuba cari cara merilekskan minda negatif ini dengan berfikiran positif. Sekiranya anda ditegur kerana cara anda bercakap atau melakukan kerja, cuba ubah cara tersebut atau jangan peduli teguran itu kalau ianya menjadikan diri anda atau pekerjaan yang anda lakukan menjadi lebih teruk.


    
 

Segalanya Tentang Wanita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare