Friday, February 25, 2011

Bilakah Waktu Wanita Kelihatan Dimata Lelaki?

Posted by Anne Orvile at Friday, February 25, 2011 1 comments
Wanita tidak perlu berusaha lebih untuk kelihatan seksi dimata lelaki. Dengan seulas senyum dan pandangan mata pun sudah cukup menggetarkan hati lelaki. Jadi lupakan seketika pakaian yang seksi. Untuk menentukan bilakah wanita kelihatan seksi dimata lelaki, pakar telah membuat kajian dan mendapati 5 perkara berikut membuat anda kelihatan seksi.

1. Saat tersenyum dan saling memandang
Menurut kajian di US, saat anda tersenyum sambil memandang mata seorang lelaki adalah dua kali lebih menarik daripada anda memandangnya tanpa senyuman. Pandangan mata penuh erti yang anda sampaikan juga menjadi penyampai yang agak berkesan.


2. Saat menggunakan bahasa tubuh
Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar psikolgi Monica Moore, Ph.D. dari Webster University pada tahun 1985, anda boleh menjadi penggoda yang hebat dengan menggunakan bahasa tubuh (Body language). Misalnya membasahkan bibir atau memutarkan rambut.

3. Saat anda tidak terlalu diet
Lupakan obsesi untuk memiliki tubuh badan yang cantik ala model kerana ternyata lelaki tidak menyukainya. Kajian di University Texas menunjukkan lelaki lebih suka memilih wanita bertubuh sederhana, tidak gemuk dan tidak kurus.

4. Saat anda sedang subur
Saat anda sedang masa berada di masa subur iaitu saat sel telur keluar (ovulasi), anda akan kelihatan amat seksi di mata lelaki. Bilakah saat tersebut? Biasanya pada pertengahan kitaran haid, sekitar hari ke 11-16 dikira dari tarikh hari pertama haid. Mengapa sel telur boleh mempengaruhi penilaian lelaki? Kajian menunjukkan kadar ekstrogen yang naik sebelum ovulasi menjadikan kulit terlihat lebih kenyal dan berseri.

5. Saat anda adalah wanita yang dia cintai
Semakin lelaki mencintai anda, semakin seksi anda pada pandangan matanya. Kajian menunjukkan, semaki kita kenal, suka dan menghargai seseorang maka semakin menariklah dia secara fizikal.

Wednesday, February 23, 2011

Rahsia Ciuman

Posted by Anne Orvile at Wednesday, February 23, 2011 0 comments
Hari ini Anne nak kongsi sikit tentang rahsia ciuman pula, ini Anne baca dari sebuah majalah tentang wanita. Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman boleh menggambarkan sikap dalamannya. Para isteri semua, ketahuilah suami anda melalui ciumannya..
1.       Suka cium dahi isteri – Suami yang romantis
2.       Suka cium pipi isteri – Suami yang penyayang
3.       Suka cium mulut isteri – Suami yang gelojoh
4.       Suka cium tengkuk isteri – Suami yang mata keranjang
5.       Suka cium telinga isteri – Suami yang sensitif
6.       Suka cium leher isteri – Suami yang penyabar
7.       Suka cium buah dada isteri – Suami yang suka bermanja
8.       Suka cium tangan isteri – Suami yang hipokrit
9.       Suka cium ketiak isteri – Suami yang menerima isteri seadanya
10.   Suka cium kemaluan isteri – Suami yang pemalu
11.   Suka cium punggung isteri – Suami yang suka bergurau
12.   Suka cium kaki isteri – Suami yang terlalu menghormati isteri
13.   Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri – Suami yang mementingkan diri sendiri
14.   Suka cium seluruh badan isteri – Suami yang baru balik dari outstation.. Hehe
p/s; Namun ini hanyalah sekadar andaian, sifat sebenar manusia terletak pada hati nuraninya.

Dipetik daripada majalah  Pesona Wanita

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Posted by Anne Orvile at Wednesday, February 23, 2011 0 comments
Anne listkan 10 sifat saje ye, yang lain pandai-pandailah korang menilainya.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sikap ini..
1.   Kuat amalan agamanya, menjaga solat fardhu, kerap berjemaah. Aurat juga sentiasa terpelihara dan berpakaian sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama ketika bersukan.
2.   Akhlak yang baik, iaitu seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturan yang sopan melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3.   Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4.   Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5.   Tidak boros tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijak.
6.   Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang berbual.
7.   Membataskan pergaulan. Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dia mampu berbuat demikian.
8.   Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Biasanya rakan-rakannya tidak jauh berbeza dengan sikapnya.
9.   Bertanggungjawab, lihatlah cara dia dengan keluarga dan ibubapanya.
10. Wajah yang tenang tidak kira semasa bercakap, bekerja atau semasa kecemasan.

Terciptanya Wanita

Posted by Anne Orvile at Wednesday, February 23, 2011 0 comments

Allah telah mencipta manusia lelaki pertama yang dinamakannya sebagai Adam.  Adam dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat atas perintah Allah. Adam bebas menelusuri setiap ceruk syurga dan menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan itu, hati Adam terasa kosong. Mengapa? Kerana dia tercari-cari pasangannya. Dia melihat segala binatang yang ada di syurga berpasang-pasangan. Hanya dia yang berseorangan. Allah mengetahui isi hati Adam dan semasa Adam sedang tidur, Allah mengambil salah satu daripada tulang rusuk Adam lalu dijadikan wanita sebagai pasangan Adam dan pelengkap nikmat syurgawi. Wanita itu dinamakan sebagai Hawa.
    Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita, sedangkan bidadari juga adalah wanita. Jika begitu boleh meriah kah dunia ini tanpa wanita? Setiap orang tidak kira lelaki atau wanita pasti tahu jawapannya. Ya, tanpa wanita sunyi sepilah dunia. Malah lelaki yang tidak ingin mencintai dan dicintai wanita juga harus mengingati dan berterima kasih kepada wanita iaitu ibunya sendiri. Tidak banggakah kita dilahirkan sebagai wanita?
Namun begitu, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?
Rasullullah pernah bersabda:
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita soleha,”
Perhiasan adalah sesuatu yang menambah seri, menyejukkan mata dan menenangkan hati. Seperti sejuknya mata melihat bunga dan tenangnya hati melihat laut biru, demikian jugalah hati dan mata apabila melihat perhiasan. Tetapi, mengapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan dia dicipta Sebagai pelengkap dunia dan akhirat. Malah ada wanita yang menyebabkan kemelut dan kacau bilau. Ini adalah kerana sekeping hati yang dimiliki.
     Apabila hati diserahkan kepada Allah maka kekallah wanita dengan tujuan asal penciptaanya iaitu penyejuk mata dan hati. Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskan ke lembah fitnah dan kehinaan. Hilanglah seri wajah yang menjadi dambaan, yang terserlah hanyalah kecantikan palsu yang menanti untuk dipergunakan oleh manusia buas dan menjadi hamba nafsu.
     Wanita yang hatinya terikat dengan Allah adalah si gadis yang dihiasi sifat sopan dan malu, si anak yang mentaati ibubapa,  si isteri yang taat, setia dan kasih pada suami, srikandi yang tegas dan berani dengan penuh kesopanan terhadap masyarakat lainnya. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki “perhiasan” sejati ini kerana pastinya hidup terarah ke syurga.

Monday, February 21, 2011

Aku Ruandu

Posted by Anne Orvile at Monday, February 21, 2011 0 comments
Firstly.. Salam sejahtera buat semua pembaca budiman (budiwati boleh ker).
    Sebelum Anne nak teruskan conteng-conteng kat blog ni, Anne nak kongsi sikit tentang maksud 'Aku Ruandu' tu.
    Aku Ruandu adalah dua patah perkataan dalam bahasa ibunda (bahasa murut) Anne yang ertinya dalam bahasa melayu ialah 'Aku Wanita'. Anne sengaja pilih 'Aku Ruandu' sebab bila Anne apply 'Aku Wanita', nama tu dah pun diambil orang. Anne pilih nama yang berkaitan dengan wanita@perempuan ni adalah kerana kebanyakan entri yang akan Anne submit nanti dan pada masa-masa akan datang berkaitan dengan wanita@perempuan. Ada la juga Anne akan tulis tentang lelaki dalam ni tapi lebih kepada nasihat dan tips untuk wanita.
    Dalam blog ni Anne akan cuba sedaya upaya untuk mengupas dan memberi apa yang Anne termampu untuk menjayakan dan mempertingkat imej blog dan juga diri kita sebagai wanita. Kepada wanita-wanita diluar sana yang punya tips dan pandangan atau permintaan, sila lah berikan komen yer..
 

Segalanya Tentang Wanita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare