Wednesday, February 23, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Posted by Anne Orvile at Wednesday, February 23, 2011
Anne listkan 10 sifat saje ye, yang lain pandai-pandailah korang menilainya.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sikap ini..
1.   Kuat amalan agamanya, menjaga solat fardhu, kerap berjemaah. Aurat juga sentiasa terpelihara dan berpakaian sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama ketika bersukan.
2.   Akhlak yang baik, iaitu seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturan yang sopan melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3.   Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4.   Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5.   Tidak boros tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijak.
6.   Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang berbual.
7.   Membataskan pergaulan. Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dia mampu berbuat demikian.
8.   Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Biasanya rakan-rakannya tidak jauh berbeza dengan sikapnya.
9.   Bertanggungjawab, lihatlah cara dia dengan keluarga dan ibubapanya.
10. Wajah yang tenang tidak kira semasa bercakap, bekerja atau semasa kecemasan.

0 comments:

Post a Comment

 

Segalanya Tentang Wanita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare